Pages

Apa itu Navigation Structure?



Apa itu navigation structure? disini saya ingin terangkan ada 4 navigation structure yang akan diperkenalkan untuk subjek Introduction to Multimedia Development (IMD).

1. Linear

Linear ini merupakan struktur tersusun maksudnya pergerakkan dari satu page ke satu page lain adalah mengikut turutan.

Selalunya butang yang akan ada adalah NEXT dan BACK atau NEXT dan PREVIOUS

Contoh seperti A-Z, slideshow power point dan aplikasi galeri gambar interaktif

Jika aplikasi yang bakal anda bangunkan nanti mempunyai ciri-ciri seperti ini, maka navigation structure seperti ini adalah yang paling sesuai.



2. Hierarchy

Hierarchy ini merupakan struktur piramid, dimana hanya satu page UTAMA sahaja yang mempunyai akses untuk ke page lain. Page lain pula hanya ada akses untuk ke page utama sahaja.

Selalunya butang yang akan ada untuk page utama adalah kesemua page lain. Manakala page lain hanya kan ada butang BACK TO HOME sahaja atau HOME atau MAIN MENU

Contoh seperti game iaitu permainan video.

Jika aplikasi yang bakal anda bangunkan nanti mempunyai ciri-ciri seperti ini, maka navigation structure seperti ini adalah yang paling sesuai.


3. Web/ Hyperlink

Web/ Hyperlink ini merupakan struktur yang fleksibel, ianya sama seperti struktur MIX tetapi sedikit berbeza dimana ianya boleh bebas untuk dilabel pada mana-mana bahagian page lain ataupun ada sebahagian page mempunyai link kepada page lain ( exclusive page )  dan sebagainya.

Selalunya butang yang akan ada untuk page utama adalah kesemua page lain. Manakala page lain boleh ada button/ link sama seperti page home atau lebih/kurang.
Contoh sama seperti Website.

Jika aplikasi yang bakal anda bangunkan nanti mempunyai ciri-ciri seperti ini, maka navigation structure seperti ini adalah yang paling sesuai.

4. MIX
MIX ini juga merupakan struktur yang fleksibel, ianya sama seperti struktur WEB/HYPERLINK pada asasnya tetapi sedikit berbeza dimana ianya adalah gabungan 3 struktur iaitu LINEAR, HIERARCHY dan WEB.

Selalunya butang yang akan ada untuk page utama adalah kesemua page lain. Manakala page lain boleh ada button/ link sama seperti page home atau lebih/kurang.
Contoh sama seperti Website/ Aplikasi words/ CD interaktif dan sebagainya

Jika aplikasi yang bakal anda bangunkan nanti mempunyai ciri-ciri seperti ini, maka navigation structure seperti ini adalah yang paling sesuai.


bagaimana untuk menentukan sturktur apa yang anda bakal gunakan?
baiklah dengan mudah saya menjawab pertanyaan ini, anda cuma perlu membuat lakaran diatas kertas kosong, kemudian susun setiap page dan cuba labelkan sambungan (connection/link) page mana yang perlu ada link untuk page yang anda mahukan. Kemudian cuba lihat kembali struktur anda itu sama seperti gambar yang mana satu.


semoga bermanfaat.

Anonymous

For the fact, I am not Malaysian Prime Minister. No joke!